Menceburi industri muzik bukanlah sesuatu yang mustahil
Monday, 18 December 2017 | 18:25 | 0 comments
Nama: Siti Nur Shahirah Bt Hussin
Industri muzik di Malaysia adalah sangat luas. Terdapat
banyak peluang untuk semua masyarakat menceburi bidang ini. Akan tetapi
hakikatnya nilai pasaran industri muzik Malaysia pada masa kini tidaklah begitu
memberangsangkan berbanding pada zaman dahuu. Pelbagai faktor yang telah
menjadi penyumbang kepada masalah ini dan antara yang terbesar tentu sekali
kerana pasaran album yang saban tahu semakin mengecil selain dari masaah cetak
rompak yang semakin berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, format pembelian juga semakin berubah. Jika
dahulu pembelian album menjadi rebutan, dewasa kini fenomena memuat turun nada
dering dari laman sesawang internet dan “online streaming” menjadi pilihan
ramai pihak. Bagi mereka dengan cara cara ini lebih memudahkan dan menjimatkan
masa serta tenaga mereka kerana mereka tidak perlu keluar ke kedai untuk
mendapatkan lagu kesukaan mereka.
Oleh sebab itu, saya berfikir sekiranya saya ingin
menceburi industri muzik pada masa kini saya seharusnya mengenali dan mahir
mengenai cara bagaimana untuk memasarkan lagu saya agar menjadi terkenal dan
didengari oleh ramai pihak bukan sahaja dengan cara mencipta album sahaja
tetapi juga dengan memuat naik ke pelbagai laman social. Sebagai contoh laman
social yang boleh saya cuba untuk muat naik ialah Youtube, Instagram dan
Facebook.
Minat masyarakat pada jenis-jenis muzik akan berubah
mengikut zaman kerana teknologi dan pemikiran manusia yang semakin berkembang
dari masa ke masa. Pada pandangan saya, manusia pada masa kini akan lebih
tertarik kepada muzik-muzik yang unik atau muzik-muzik yang liriknya atau
melodinya dapat menyentuh hati dan dapat disamakan dengan situasi yang dihadapi
oleh mereka. Jens-jenis muzik yang dapat menyentuh hati dan perasaan mereka itu
akan lebih kerap didengari kerana muzik-muzik seperti itu boleh dijadikan
sebagai medium untuk mereka meluahkan apa yang dirasai oleh mereka.
Manakala, muzik- muzik yang unik pula ialah muzik-muzik
yang lain daripada yang lain atau yang jarang terdapat pada muzik-muzik yang
lain. Akan tetapi, muzik-muzik yang unik ini juga akan berubah mengikut
pengedaran masa. Kerana sesuatu muzik itu akan dianggap sebagai unik sekiranya
muzik-muzik tersebut lain daripada yang lain. Jika muzik-muzik tersebut telah
banyak yang cuba untuk mengambil idea tersebut muzik-muzik seperti itu sudah
tidak dianggap sebagai unik. Oleh sebab itu, saya percaya semua pencipta lagu
akan cuba untuk pelbagai cara lain untuk menjadikan muzik mereka sebagai muzik
yang unik. Antara muzik-muzik yang pernah dianggap sabagai unik di Malaysia
ialah, muzik-muzik atau lagu-lagu yang menggabungkan alat-alat muzik modern dan
traditional, muzik-muzik atau lagu-lagu yang menggunakan barangan-barangan yang
bukan alatan muzik seperti tong sampah, kotak dan botol, dan muzik-muzik atau
lagu-lagu yang menggunakan lirik yang mendalam seperti yang diambil dari puisi
atau sajak.
Terdapat satu lagi cara bagaimana untuk berjaya dalam
industri muzik di Malaysia yang banyak digunakan oleh ramai pihak pada masa
kini. Iaitu dengan cara mempopularkan diri terlebih dahulu. Masyarakat pada
masa kini gemar mengikuti perkembangan mereka yang popular atau yang telah
viral di laman social. Sekiranya mereka yang telah popular tersebut mencipta
lagu, pasti lagu tersebut akan menjadi terkenal tidak kiralah lagu tersebut
boleh memberi pengajaran atau memberi apa-apa impak kepada makna kepada
pendengar atau tidak.
Sekiranya saya ingin meneruskan minat saya pada bidang
muzik ini saya akan cuba pelbagai cara untuk berjaya dalam bidang ini. Salah
satu cara yang saya akan cuba terlebih dahulu ialah dengan cara bermain
lagu-lagu modern menggunakan alatan muzik saya kerana saya rasa alatan muzik
saya yang dikategorikan sebagai alatan muzik traditional itu bermain lagu-lagu
modern yang sering dimainkan oleh gitar atau pun piano akan dianggap sebagai
unik. Secara jujurnya, saya amat meminati pelbagai jenis alatan muzik
traditional dari pelbagai Negara terutamanya Malaysia. Sebagai contoh yang saya
mahir bermain ialah gamelan, caklempong, gambus, gendang dan sape.
Namun begitu, minat saya pada muzik-muzik modern juga amat
mendalam. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk menggabungkn kedua-duanya iaitu
kemahiran dan minat saya untuk membuka peluang saya dalam industri muzik di
Malaysia mungkin juga ke serata dunia. Mengikut pengalaman saya, masyarakat
lebih mengemari alatan-alatan muzik traditional yang mereka jarang lihat
berbanding dengan alatan muzik modern yang seringkali dipertonjolkan seperti
gitar, piano, violin dan viola. Contohnya alatan muzik traditional yang saya
pernah persembahkan dan berjaya menarik minat ramai untuk menonton ialah gambus
kerana pada zaman kini sebenarnya terdapat ramai pihak yang sudah tidak
meningati ataupun tidak pernah mengenali alatan muzik tersebut. Malahan, mereka
terkejut sekiranya saya mempersembahkan lagu-lagu modern menggunakan alat muzik
itu.
Walaupun begitu, saya tidak lupa pada muzik-muzik
traditional yang memang menggunakan alat muzik tersebut sebagai melodi utama
mahupun melodi sampingan. Sebagai contoh jenis-jenis muzik traditional yang
menggunakan alat muzik tersebut ialah muzik-muzik zapin, joget, inang dan juga
ghazal. Selain dari mendapat pendapatan dari industri muzik ini, saya juga
ingin mengetengahkan muzik-muzik traditional yang semakin hari semakin ditelan
zaman dan dilupakan oleh ramai pihak. Saya percaya sekiranya saya sebagai anak
muda masih mempunyai minat pada alat-alat muzik traditional dan juga
muzik-muzik traditional ini pasti akan ada anak-anak muda lain yang akan
meminatinya seperti saya.
Tidak dinafikan, untuk memasuki industri muzik ini tidaklah
semudah yang disangkakan kerana terdapat banyak saingan dan dugaan. Akan
tetapi, saya percaya masyarakat di Malaysia mahupun serata dunia mempunyai
minat mereka yang tersendiri pada jenis-jenis muzik yang mereka pilih untuk
didengari. Untuk mendapatkan perhatian daripada semua pihak amatlah mustahil. Tetapi
pada pendapat saya, sekiranya saya dapat menarik minat segelintir pihak pun
sudah mencukupi untuk saya mula bertapak dan dikenali oleh orang ramai dalam
industri muzik ini.
Sebagai seorang pemuzik, saya juga perlu mempunyai
kemahiran untuk berkomunikasi dan menjual bakat yang ada pada saya. Sekiranya
saya mampu untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai untuk bermain dalam
sesebuah kumpulan muzik mereka, pasti akan lebih mudah bagi saya untuk memasuki
industri ini. Pada pandangan saya lagi, sekiranya saya sebagai seorang insan
yang baru bertapak dalam industri ini untuk bergerak secara solo ataupun
sendiri agak susah. Tambahan lagi, alatan muzik traditional biasanya akan
bermain dalam sebuah kumpulan muzik dan bukan hanya satu alat muzik. Sebagai
contoh, alatan muzik gambus jarang dimainkan dengan hanya satu alat muzik
tetapi alat muzik gambus ini akan dimainkan dengan bantuan gendang, rebana
ataupun cajon yang akan bermain rentak-rentak tertentu dan juga accordion,
violin, harmonium ataupun gitar sebagai melodi tambahan atau melodi utama
sekiranya gambus digunakan sebagai melodi tambahan.
Akhir sekali, sekiranya saya sudah mendapat peluang untuk
menceburi bidang ini saya akan mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan nama saya
dalam industri. Untuk melaksanakannya amatlah sukar tetapi berdasarkan nasihat
yang pernah diberikan oleh pensyarah muzik saya iaitu sekiranya saya rajin
mencuba dan terus berusaha tidak akan ada perkara yang mustahil. Salah satu
usaha yang disarankan oleh pensyarah saya tersebut ialah, saya perlu sentiasa
memuat naik rakaman video kemahiran permainan saya dalam pelbagai alatan muzik
traditional tersebut di laman sosial agar dapat menarik lagi ramai peminat dan
dengan cara itu juga lebih mudah bagi saya untuk memberitahu mereka akan
cara-cara permainan yang boleh saya persembahkan. Kata pensyarah saya lagi,
saya sebagai anak muda adalah lebih mudah untuk menarik minat masyarakat untuk
menonton, kerana pada masa kini amatlah jarang untuk kita lihat anak-anak muda
yang masih mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari alat-alat muzik
traditional yang terdapat di Malaysia mahupun luar negara.
Sebagai penutup, saya berharap agar suatu hari nanti saya
akan diberi peluang untuk menceburi industri muzik ini dan dapat kekal dalam
industri supaya saya dapat terus belajar dan mendalami bukan sahaja alatan
muzik traditional malahan alatan muzik yang lain juga. Mengikut kepercayaan
saya, idustri muzik semakin hari sememangnya semakin berkembang tetapi
sekiranya saya dapat bergerak seiring dengan perkembang industri muzik ini saya
pasti mampu untuk terus kekal dalam industri.